TUMPAT – Seramai 500 belia menyertai Karnival Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan yang mempunyai pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang karnival berlangsung.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, pembangunan belia di peringkat akar umbi ialah salah satu fokus Kerajaan Negeri Kelantan dalam membina pemimpin berwawasan yang membawa jati diri Islam.
Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dan dorongan dalam setiap perancangan yang boleh menyemarakkan sistem pendidikan di Kelantan.
“Penghayatan kepada isi kandungan ayat-ayat Al-Quran melalui acara Tadarus dan Khatam, Pertandingan Azan dan Kursus Asas Pengurusan Jenazah yang telah dijalankan ini akan memberi inspirasi dan galakan kepada lebih ramai belia dalam mendekatkan diri mereka kepada llahi,” tambahnya.
Beliau ditemui ketika merasmikan Program Karnival Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Masjid Nurul Hidayah, Sungai Pinang, Tumpat pada 13 April.
Ceramah Ramadan disampaikan Pagawai Agama Jajahan Bachok, Ustaz Suratemi Mat Yusof.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, Hazri Nizam Zakaria.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita4ptg