70 ANAK YATIM DIRAI SEMPENA RAMADAN

TUMPAT – Seramai 70 anak yatim diraikan dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim/ Dhuafa’ yang diadakan di Wisma Imtiyaz, Pusat Khidmat DUN (PKD) Pengkalan Kubor, semalam.

Sumbangan berupa wang tunai itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat.

Dalam ucapannya, beliau berterima kasih kepada individu dan pihak yang menderma untuk membantu anak-anak yatim pada bulan mulia ini.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang hadir menemani anak-anak yatim.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Sumber

(Visited 10 times, 1 visits today)

Add Comment