Adun BN muflis: Kerusi Dun Nenggiri kosong

ADUN Barisan Nasional Nengiri, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani diisytiharkan hilang kelayakan sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) kerana muflis.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kob berkata, pihaknya menerima surat pemakluman itu daripada Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Selangor pada 28 Mei lalu.

Katanya, perkara tersebut turut dimaklumkan pihak terbabit kepada Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Kelantan 21 Mei lepas.

“Bermula tarikh ini saya mengisytiharkan bahawa kerusi Dun Nengiri kosong akibat kebangkrapan tersebut,” katanya pada sidang media khas di Kota Darul Naim hari ini.

Abdullah juga berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan perkara berkenaan.

Bagaimanapun beliau tidak mempunyai maklumat punca muflis pemimpin terbabit.

Difahamkan wakil rakyat BN berkenaan diisytihar muflis pada November tahun lalu. – HARAKAHDAILY 1/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment