ADUN GUCHIL, MKD PRIHATIN KOMUNITI ROHINGYA DI KELANTAN

 

oleh Nur Atikah Hanis Musa
*Pelajar praktikal KIAS

KUALA KRAI – Komuniti Rohingya yang tinggal di Kelantan mendapat perhatian wakil rakyat dalam membantu mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, YB Helmi Abdullah turut turun padang menyampaikan sumbangan keperluan harian berupa pek barangan kering bagi Warga Rohingya yang menetap di Kuala Krai, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Misi Kembara Dakwah (MKD) merangkap Pengarah Program Dr Wan Martina Wan Yusoff, lebih kurang 650 keluarga Rohingya menetap di Kelantan berjumlah hampir 10,000 orang.

“Agihan kepada keluarga Rohingya di Kelantan mewakili 107 keluarga di Pasir Puteh, 53 keluarga di Melor, di Tanah Merah 100 keluarga, Bunut Susu, Pasir Mas 100 keluarga dan 34 keluarga di Jeli. Usaha ini berterusan sehingga PKPB berakhir”, katanya.

Beliau turut mempelawa orang ramai merebut pahala berkebajikan dengan menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 553131023657 (Persatuan Misi Kembara Dakwah) atau menghubungi Dr Martina 017-981 1966 / Nik Asiah 018-969 6575.

(Visited 13 times, 4 visits today)

Add Comment