ADUN KADOK SAMPAIKAN SUMBANGAN UNTUK CAKNA SURI DAN AULAD

KADOK – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadok, YB Dato’ Sr. Azami Mohd Nor menyantuni dan menyampaikan sumbangan Cakna Suri dan Cakna Aulad yang diadakan di Pusat Khidmat DUN (PKD) Kadok, semalam.

Seramai 56 orang suri dan 58 orang aulad menerima sumbangan tersebut berupa pemberian wang tunai sebanyak RM100.

Menurut YB Dato’ Azami, kriteria penerima sumbangan Cakna Suri adalah dipilih dari kalangan suri rumah yang mempunyai suami tetapi tidak mempunyai pekerjaan dan mempunyai tanggungan seramai lebih daripada dua orang.

“Manakala penerima sumbangan Cakna Aulad pula dipilih berdasarkan kriteria bayi yang dilahirkan pada tahun 2022 dan lahir di negeri Kelantan,” katanya yang juga Exco Kerajaan Negeri.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darilnaim.

#ViraliyatBerita1ptg

Pautan: ADUN KADOK SAMPAIKAN SUMBANGAN UNTUK CAKNA SURI DAN AULAD

(Visited 32 times, 16 visits today)

Add Comment