AIDILFITRI – BUMI GAZA KEMBALI BERDARAH

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU, 11 Mei: Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan pendatang Yahudi dan serangan tentera regim Zionis ke atas rakyat Palestin yang sedang menunaikan solat di Masjidil Aqsa pada 7 Mei yang lalu.

Presidennya, Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa berkata, perbuatan itu bukan kali pertama berlaku bahkan pada setiap tahun sejak penubuhan regim haram Zionis di bumi Al-Quds.

“Serangan kali ini telah mencederakan lebih 200 orang rakyat Palestin yang sedang beribadat di dalam Masjidil Aqsa dan ia benar-benar menguji keimanan umat Islam yang sedang memburu Lailatul Qadar.

Cakna Palestin juga turut mengecam perbuatan pengusiran secara paksaan ke atas rakyat Palestin dari rumah-rumah mereka di Syeikh Jarrah, Baitulmaqdis,” katanya.

Tambahnya, perbuatan ini adalah secara jelas telah melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

Berhubung perkara tersebut katanya, Cakna Palestin menyeru umat Islam seluruhnya bersatu hati dan bertindak segera dengan menyebar luaskan info berkaitan serangan ke atas Palestin yang terbaharu ini bagi menyampaikan mesej yang jelas kepada seluruh masyarakat tentang kezaliman rejim Zionis pada bulan yang mulia ini.

“Cakna Palestin akan sentiasa bersama kalian dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan dalam perjuangan membebaskan bumi Palestin serta Masjidil Aqsa daripada terus dikuasai oleh regim haram Zionis.

Kita wajib hentikan kegembiraan mereka dalam menyambut Jerusalem Day kerana ia adalah titik hitam umat Islam dan rakyat Palestin,” katanya.

Tambahnya, tahun 1948, tahun rakyat Palestin kehilangan tanah serta rumah mereka dan atas kesedihan ini, Israel menyambut hari kemenangan mereka dengan sambutan Jurusalem Day. Dan ini bukanlah kali pertama ia berlaku bahkan setiap tahun berlaku sejak penubuhan regim haram Zionis di bumi Al-Quds.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

AKSB sediakan 440 tangki statik dan 30 lori tangki untuk bekal air terawat di musim perayaan

Silakan share jika bermanfaat.... Facebook 0 Twitter Print

Subscribe US Now