KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd. Amar Nik Abdullah menjelaskan yang air Sungai Kelantan bebas dari bahan toksik dan selamat diminum.
“Cuma apa yang berlaku sekarang adalah airnya yang sedikit keruh memandangkan sekarang ini musim kemarau,” jelasnya ketika sidang media selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim tengah hari tadi.
Tambahnya, berlakunya kekeruhan itu mungkin juga disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pertanian yang berlaku di ulu sungai, tetapi bagaimana pun airnya bebas bahan toksik.
Berhubung perkara yang sama, beliau menjelaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang kerana segala aktiviti akan dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Parit dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar.- UPKN KELANTAN 13/3/2019