AKSB bayar pampasan RM 556,100.01 kepada penduduk Chetok Pasir Mas

PASIR MAS :  Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hari ini membuat pembayaran pampasan sejumlah lebih setengah juta kepada 35 tuan tanah di Dun Chetok Pasir Mas hari ini

Pembayaran tersebut dibuat setelah pihak AKSB  kini dalam pembinaan dan menyiapkan Telaga Jejari(HCW) yang melibatkan 18 lot tanah di Mukim Chetok .

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Kelantan Dato Haji Hanifa Ahmad, pihak AKSB mengambil masa tiga bulan berunding dengan penduduk kampong yang terlibat dan tidak timbul sebarang masalah.

YB Dato Hj Hanifa ahmad menyampaikan cek pampasan pengambilan tanah“Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada penduduk terlibat kerana memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha kerajaan untuk menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat” ujar beliau.

Hadir sama di majlis penyampaian cek pampasan yang diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas tersebut Adun Chetok Haji Abul Halim Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif AKSB Sanusi Hj Othman dan Timbalan Ketua Jajahan Pasir Mas Ruslan Hassan.

Projek yang melibatkan kerja-kerja penyediaan laluan paip air mentah dari tapak lokasi Telaga Jejari ke Loji Rawatan Air(LRA) Kelar Pasir Mas tersebut turut mendapat kerjasama dari Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur(ECERDC) dengan bertujuan untuk membekalkan air bersih kepada Taman Industri Halal dan meningkatkan kapasiti Pengeluaran ari bersih dari 64mld kepada 80mld sehari.

Sementara itu Hanifa juga berkata dengan siap sepenuhnya projek ini yang dijangka akhir  tahun 2017 dan akan meningkatkan jumlah 50 juta mld lagi dan keseluruhan akan memberi menafaat khususnya pada kawasan industri halal di Kampung Apam.

“ Projek ini ditanggung sepenuhnya oleh ECERDC  dan kita berterima kasih kepada semua pihak yang memberi  kerjasama dalam menjayakan pembinaan  telaga Jejari “ katanya lagi.

Penerima cek pampasan menerima dari exco negeriHanifa juga berkata disamping itu terdapat juga fasa kedua yang akan dibina di Kampung Tendong yang kapasitinya adalah 25 juta MLD sehari dan ia adalah khusus untuk membekal air ke Jajahan Tumpat.

Menyentuh musim kemarau yang melanda kini,  Hanifa berkata pihak AKSB telah mengambil langkah persediaan untuk berhadapan dengan keadaan tersebut.

“ Alhamdulillah sehingga kini tidak timbul soal air kering dan Kelantan juga pada tahun 2012 dulu tidak melakukan penyatuan air dan kita berharap Allah akan menghindarkan kemarau yang boleh menjejaskan pembekalan air kepada rakyat negeri ini tahun ini,” ujar beliau lagi.

–  Ditulis oleh Mohd Nor Yahya

 

 

(Visited 23 times, 1 visits today)

Add Comment