AKSB BEKAL 520 JUTA LITER AIR BERSIH SEHARI MENJELANG AIDILFITRI

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU, 10 Mei: Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) akan mengoptimumkan bekalan air bersih kepada pengguna menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Jabatan Operasi AKSB, Mohd Ashri Awang menjelaskan perkara berkenaan pada sidang media di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Katanya, dengan 520 juta liter bekalan air sehari untuk seluruh Kelantan, ia dijangkakan dapat menampung penggunaan semasa rakyat kerana tidak berlaku penggunaan secara mendadak seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Bagi memenuhi keperluan tersebut, AKSB menyediakan 440 tangki statik, 9 lori tangki air dan 21 lori air kontrak,” kata beliau lagi.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

AIDILFITRI - BUMI GAZA KEMBALI BERDARAH

oleh Nik Azman Nik Mustafa KOTA BHARU, 11 Mei: Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan pendatang Yahudi dan serangan tentera regim Zionis ke atas rakyat Palestin yang sedang menunaikan solat di Masjidil Aqsa pada 7 Mei yang lalu. Presidennya, Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa berkata, perbuatan itu […]

Subscribe US Now