AKSB LAKSANAKAN PELAN INDUK 2021-2030

KOTA BHARU, 25 Januari – Air Kelantan Sdn Bhd telah menyediakan Pelan Induk Air Kelantan 2021-2030 dengan mensasarkan tiga objektif utama, iaitu mengurangkan NRW (ketirisan air) daripada 50 peratus kepada 30 peratus, meningkatkan liputan bekalan air bersih dari 70 peratus kepada 95 peratus dan meningkatkan rizab bekalan air sehingga 20 peratus.

Pelan tersebut melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM4.53 bilion dengan melibatkan komponen projek utama, seperti Program Pengurangan NRW melibatkan penukaran paip lama sepanjang 4,006 km dengan kos RM1.7 bilion.

Melalui peruntukan tersebut juga, kerajaan berusaha untuk menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) sedia ada dengan anggaran belanja RM300 juta, pembinaan LRA Mini RM120 juta dan Pembinaan LRA baharu dengan anggaran belanja RM740 juta.

Seterusnya perbelanjaan tersebut juga meliputi Program Pengurusan Aset sebanyak RM70 juta, dan Program Pembangunan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dengan anggaran kos sebanyak RM1.8 bilion.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg

Pautan: AKSB LAKSANAKAN PELAN INDUK 2021-2030

(Visited 6 times, 6 visits today)

Add Comment