Aktiviti seni tarik pelancong ke Pasar Siti Khatijah

KOTA BHARU: Pasar Besar Siti Khadijah bakal menyaksikan satu kelainan apabila aktiviti kesenian diadakan secara bulanan di situ.

Malah lokasi itu bakal dikenali Dataran Budaya, memberi imej baru bagi melengkapkan destinasi tarikan pelancongan ke Kelantan.

Pengerusi Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, sebulan sekali kita anjurkan aktiviti kesenian di Pasar Besar Siti Khatijah.

“Aktiviti itu boleh diladakan pada hari Sabtu dan Ahad,” katanya ketika berucap pada program persembahan dikir barat perdana di Pasar Siti Khadijah hari ini.

Seramai 12 pendikir barat berpadu suara menjayakan karnival dikir barat perdana tersebut.

Beliau menambah, walaupun kerajaan negeri mempunyai gelanggang seni, namun sekiranya cadangan itu diterima, kesenian di Kelantan tambah meriah.

Selain itu ia boleh menggalakkan kedatangan pelancong ke Pasar Siti Khadijah sekaligus memberi keuntungan kepada peniaga. – HARAKAHDAILY 19/12/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment