CHaSe: Peluang rakyat berkhidmat kepada rakyat

oleh Samhani Ismail, PhD.

Pensyarah, Fakulti Perubatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merangkap Penyelidik, Projek Pembinaan Sistem Penilaian Risiko COVID-19 dan Pengawasan Kesihatan Kendiri (CHaSe) merangkap Ahli Jawatankuasa Bantuan Awal Psikospiritual, UniSZA.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sejak 18 Mac lalu bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 sudah pun memasuki fasa ketiga bermula 15 hingga 28 April ini.

Namun, ia tidak sama sekali menghalang agenda berkebajikan. Justeru itu aktiviti bermanfaat demi kepentingan umat tetap diteruskan mengikut kemampuan dan peranan masing-masing.

Saya ditakdirkan berpeluang “dudukrumah” hanya tiga hari sahaja untuk mengasingkan diri disebabkan menyertai persidangan inovasi yang ada kes positif. Alhamdulillah, hanya kontak kasual sahaja, tidak termasuk dalam terma kontak rapat.

Sedaya-upaya saya mengelak daripada bertembung dengan khalayak. Sijil penyertaan yang memaksa kami beratur panjang untuk mendapatkannya, pun saya abaikan.

Malam itu, sedang saya tercari-cari artikel jurnal berkaitan COVID-19, saya menerima panggilan telefon. “Kita hendak bina model penilaian risiko COVID-19 secara atas talian. Pakar-pakar perubatan dan pakar-pakar IT, AI dan statistik dari UniSZA terlibat.”

Saya akur sepenuh jiwa lantaran sedar tugas dan tanggungjawab selaku neurosaintis dan penyelidik, ilmu yang Allah pinjamkan ini memerlukan saya memulangkannya semula kepada negara dan rakyat demi maslahah umum.

Nah, inilah masanya saya turut menyingsing lengan berjuang di barisan hadapan bagi mencegah penularan wabak yang menyerang seluruh dunia.

Turun padang

Maka, dua minggu berturut-turut kami bertungkus-lumus dengan kebolehan masing-masing. Bergabung, ikhlaskan niat dan pusatkan tekad.

Sedih yang menyayat kerana terpaksa meninggalkan waktu libur terbayar apabila mendapat doa bahawa kita semua sedang berada di medan jihad.

Tim perubatan yang terdiri daripada pakar perubatan keluarga, mikrobiologi, pakar epidemiologi, pakar otolaringologi, pakar pendidikan perubatan, saintis genomik dan saya neurosaintis membuat sorotan literatur secara ekstensif.

Berbahas, berbincang serius dari segala aspek kebarangkalian dan variabel penjana hipotesis, pengiraan menggunakan multivariate analysis (Principal Component Analysis, Factorial Analysis, Artificial Neural Network, Discriminant Analysis juga dirincikan, sehinggalah siap pemodelan pertama.

Prof. Hafizan Juahir pakar alam sekitar dan pakar rujuk statistik bijak ExcelStat merangkap Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi tersenyum puas hati.

Amatlah bertuah saya menadpat peluang bekerja satu tim dengan TNC! Malah beliaulah yang bersengkang mata membuat kira-kira bagi mendapatkan model CHaSe ini.

Masih terngiang-ngiang tegas suara beliau memaklumkan kepada saya arahan ringkas tentang hasrat pembinaan model tersebut, dua minggu lepas.

Semangat pasukan kami kian bersemarak apabila Dato’ Naib Canselor selalu datang menjenguk dan menilai serta memberi pandu arah beberapa perkara dalam konteks yang lebih luas. Subhanallah! Barakah kepimpinan yang berdedikasi terasa sangat. Semua turun padang memainkan peranan.

Weightage dikira, cut off value ditetapkan.

Klasifikasi risiko diletakkan dalam tiga kluster iaitu low, moderate dan high risk. Bergantung kepada cut off point yang diperolehi daripada pengiraan.

Simptom, petanda dan sejarah klinikal, sejarah perjalanan dan kontak serta penyakit kronik sediada), termasuk faktor sosio demografik diambilkira dan diletak nilaiannya untuk dimasukkan di dalam model.

Sebenarnya simptom yang terpamer pada setiap individu berbeza-beza. Ada yang hanya ada demam sahaja, ada yang tiada demam, ada yang hingga tiada simptom langsung! Tapi moga-moga sistem imuniti kita kuat untuk melawan.

Akur nasihat

Masya Allah! Melihat kepada ciri-ciri biologi dan virologinya, virus bermahkota ini telah termutasi. Kita mungkin telah mendapat strain B, bukan seperti China dan US yang dapat strain A, sebagaimana laporan jurnal.

Faktor mutasi ini, mahu dikaji. Ya, dunia sedang berusaha mencari vaksin. Namun, terasa ada sesuatu yang tertinggal.

Berpandukan nasihat pakar epidemiologi kami, Prof. Madya Dr. Aniza, tidak boleh bina apps dengan ilmu IT semata-mata. Ini Heath Risk Assessment, dan ia pandemik!

Bagaikan muncul selayar informasi terentang dalam minda memaparkan makna istilah pandemik yang bermula daripada wabak peringkat epidemik.

Lalu, merebak terlalu luas sehingga tidak terkawal. Wabak tersebut menyerang dalam skop lebih besar, tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata, mengancam kawasan yang lebih luas ke seluruh dunia jika dibiarkan melarat.

Dr. Salami Ibrahim telah membuat beberapa fungsi baharu untuk pakar-pakar perubatan di lapangan (expert frontliners) menjawab soalan-soalan sekali lagi, daripada simptom tunggal hinggalah gabungan.

Beliau automatekan formula jawapannya. Kemudian, machine learning (AI) belajar cara expert frontliners membuat penilaian risiko COVID-19 daripada ribuan data ini untuk pertingkatkan ketepatan model tersebut.

Seterusnya, model dari AI, kami semak semula dengan expert frontliners dan expert researcher untuk kami buat cut off scoring yang benar-benar tepat dari segi perubatan, statistik dan AI modelling.

Keluarlah segala kira-kira correlation, kappa dan interrater rate dengan nasihat medical statisticians. Semua statistik lanjutan itu bagi membuktikan persetujuan antara model A.I ini dengan judgement pakar-pakar perubatan di lapangan (expert frontliners) dan pakar statistik.

Untungnya, pakar-pakar medikal statistik USM sudah menyertai UniSZA, sehingga wujud kluster kepakaran baharu di sini dan terbinanya capaian https://chase.unisza.edu.my/

Prof. Dr. Nyi Nyi Naing atau Syed Hatim dan Prof. Aniza, kedua-duanya saya pernah berguru semasa pengajian sarjana dan PhD di USM, kini kami bergabung semula di UniSZA. Begitu juga Prof. Dr. Harmy yang menjadi tulang belakang projek ini.

Nama beliau pernah tersohor untuk projek Tak Nak Merokok di Kelantan. Cantik sungguh aturan Tuhan, bukan?

Manfaat untuk masyarakat

Betapa beruntungnya saya turut dipilih untuk menyertai projek penyelidikan ini. Allahu, terima kasih Tuhan, memberi hamba-Mu peluang berkhidmat untuk manfaat masyarakat sejagat.

Manis perasaan saya ditambah sarinya apabila MOSTI bersetuju mengguna sistem ini untuk tiga juta kakitangan awam.

Allahu, terpempan saya dan semua pasukan IT! Meskipun nama asalnya Crash, ditukarkan kepada CHaSe (COVID-19 Health Risk Assessment and Self Evaluation System) atas permintaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kami tetap bersyukur sepenuh hati.

Klimaksnya, kami telah dijemput untuk membentangkan sistem ini di dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) sabtu lepas, di hadapan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan jemaah menteri. Dato’ Dr Noor Hisham memberi perhatian serius sewaktu sistem ini dibentangkan secara rinci.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) pun bersetuju menggunapakai sistem ini untuk memastikan semua staf mereka bebas virus sebelum masuk bekerja.

Mereka akan memaklumkan penguatkuasaan sistem ini kepada semua staf di dalam mesyuarat yang turut dihadiri oleh 18 orang KSU dan TKSU serta pegawai-pegawai secara atas talian.

Ya, risiko ini serius. Ia jangkitan viral jenis baharu yang kita belum ada rawatan terhadapnya kerana imuniti tubuh belum mengenalnya.

Berapakah peratusan keyakinan kita terhadap diri-sendiri dan rakan sekerja yang bebas Corona atau rendah risikonya?

Mencegah adalah lebih baik daripada menerima kes relapse/cetusan baharu COVID-19 selari dengan matlamat PKP.

Maka, marilah kita bersungguh-sungguh memastikan diri, keluarga, persekitaran, rakan-rakan sekerja dan seluruh individu di negara kita bersih dan bebas virus merbahaya ini kerana hanya kita mampu jaga kita dan yakinlah Allah SWT menolong orang yang gigih berusaha ke arah kebaikan.

Buat makluman semua, sistem ini boleh dipakai oleh masyarakat awam dan agensi secara percuma.

Silalah lawati laman https://chase.unisza.edu.my/ untuk mendapatkan CHaSe.

Menariknya, pihak yang menggunakan CHaSe boleh memantau kakitangan mereka mengikut kesesuaian yang diperlukan.

#stayathome
#kitajagakita
#kawalpergerakankekalberkebajikan

https://www.facebook.com/upknkelantan/videos/271761390886859/

(Visited 5 times, 1 visits today)

Add Comment