Covid-19 : Iktibar Banjir 2014

Pengumuman terbaru Perdana Menteri Malaysia untuk mengekang Covid-19 adalah sangat positif.

Saya menyambut baik dan sentiasa mendoakan rakyat Malaysia di bawah lindungan Rahmah Allah Taala. Semoga pandemik ini dapat diselesaikan dalam masa sesegera mungkin.

Mengambil iktibar banjir 2014, saya menyarankan :

1- Rakyat perlu bertenang. Hanya perlu mendapatkan maklumat yang betul daripada pemerintah.

2- Terus dapatkan rawatan di hospital atau klinik berdekatan jika terdapat simpton-simpton jangkitan.

3- Kurangkan menghampiri kawasan-kawasan orang ramai dan hanya keluar untuk tujuan yang penting sahaja.

4- Pandemik ini masih terkawal dan akan mudah diselesaikan jika semua orang memahami dengan jelas apa yang perlu di lakukan.

5- Jangan lakukan pembelian panik kerana kerajaan telah menyatakan bahawa barangan makanan masih mencukupi.

6- Saya mencadangkan kerajaan menubuhkan sukarelawan terlatih untuk membantu petugas kesihatan yang bekerja keras dalam menangani masalah ini.

7- Untuk orang muslim, jangan berhenti berzikir dan berdoa kepada Allah Taala semoga pandemik ini selesai secepat mungkin.

Abdul Latiff Abdul Rahman
Ahli Parlimen Kuala Krai
20 Rajab 1441
17 Mac 2020

Sumber: https://web.facebook.com/UstazLatiff4KualaKrai/posts/3062733353770104

(Visited 19 times, 1 visits today)

Add Comment