COVID 19: KAWAL KETAT KEMASUKAN PELANCONG DARI CHINA – TMB

KOTA BHARU – Ekoran hasil laporan situasi semasa kes jangkitan COVID-19 yang kembali meningkat, Timbalan Menteri Besar YB Dato’ Mohd Amar Abdullah menggesa Kerajaan Persekutuan melaksanakan kawalan ketat terhadap kemasukan pelancong khususnya daripada Negara China ke negara ini.

Katanya, Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlulah berganding bahu agar kesilapan lalu tidak berulang dengan mengetatkan syarat-syarat kemasukan ke Malaysia kerana keselamatan rakyat adalah keutamaan.

“Pada saya, Kerajaan Malaysia harus mempertimbangkan cadangan itu kerana penyakit berjangkit ini akan memberi kesan kepada keselamatan rakyat, saya kira pendapatan melalui pelancong harus diketepikan terlebih dahulu,

Jika perlu, mereka hendaklah dikenakan syarat ketat untuk masuk ke negara ini contohnya wajib ada sijil vaksinasi serta perlu tunjuk bukti kesihatan di pintu masuk utama,” katanya ketika ditemui selepas majlis Amanat Khas Tahun Baharu di Kompleks Kota Darulnaim, Khamis lepas.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim

#ViraliyatBerita4ptg

Pautan: COVID 19: KAWAL KETAT KEMASUKAN PELANCONG DARI CHINA – TMB

(Visited 2 times, 1 visits today)

Add Comment