oleh Siti Rohana Idris
KOTA BHARU: Kota Baharu menjadi kawasan terbaharu dikategorikan sebagai zon hijau susulan tiada lagi kes aktif COVID-19 sehingga jam 12 tengah hari semalam.
Ini menjadikan sembilan daripada keseluruhan 10 daerah di negeri ini mencatatkan sifar kes COVID-19 dan hanya Tanah Merah masih mempunyai satu kes jangkitan.
Dalam Infografik yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, setakat jam 12 tengah hari tadi, lapan daerah berada dalam zon kuning manakala Machang pula masih kekal berstatus zon hijau dengan tiada sebarang kes dicatatkan sejak pandemik COVID-19 berlaku.
Kota Bharu mencatatkan bilangan kes paling tinggi iaitu 90 diikuti Tumpat (13) dan Kuala Krai, Pasir Mas serta Bachok masing-masing 11 kes.
Hari ini juga tiada kes dalam rawatan direkodkan sekali gus semua pesakit COVID-19 iaitu seramai 152 sebelum ini sembuh sepenuhnya.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/04/682804/covid-19-kota-bharu-dikategori-zon-hijau