DUA PANGLIMA SERU UMAT ISLAM PEGANG “TALI ALLAH”

KOTA BHARU – Dua datuk panglima kelahiran Kelantan menyeru seluruh umat Islam berpegang pada tali Allah agar kekuatan ummah diperkukuh.

Salah seorangnya, Exco Dakwah Negeri Kelantan YB Dato’ Panglima Perang Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berhamdalah berpeluang sepentas bersama figura politik dan ahli akademik tanahair sebagai panel Wacana Muafakat Nasional yang berlangsung di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) pada 10 Februari.

Katanya, peri penting penyatuan atas kesepakatan bersama “Tali Allah” dalam memaknai kesatuan yang ampuh bagi mendepani onak ranjau yang penuh berliku demi agama, bangsa dan negara.

Seorang lagi ialah Presiden Muafakat Nasional (MN) Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa selaku panel yang bertekad mahu berjuang atas dasar membela dan menegakkan agama Islam, menyatupadukan orang Melayu dan melihat negeri serta negara, maju.

“Kita harus ada petunjuk dan kena sentiasa berpegang kepada prinsip agama supaya perjuangan kita sentiasa mematuhi syariat.

Itu jalannya agar perjuangan kita menjadi suatu ibadah yang bukan sahaja diterima sebagai kebajikan di dunia, malah mencapai keredaan Allah di akhirat. Barulah sempurna bagi kita sebuah keimanan,“ jelasnya.

Forum bertajuk Muafakat Demi Negara itu turut menampilkan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sebagai panelis.

Manakala Datuk Roslan Hamid pula bertindak sebagai moderator.

Program tersebut boleh ditonton melalui https://fb.watch/iC0BJx8Kzk/

(Visited 25 times, 1 visits today)

Add Comment