Lawatan ke Petak Kajian Pokok Eucalyptus Negeri Kelantan di Sungai Betis, Gua Musang seluas lebih kurang 30 hektar.
Menurut pembentang dari Pejabat Perhutanan hari ini, dalam tempoh dua tahun ini, pemerhatian mendapati Eucalyptus hybrid ini sangat sesuai ditanam dan bakal diiktiraf sebagai antara spesis ladang di masa akan datang.
Petak kajian ini turut dijadikan tapak kajian daripada UPM, FRIM dan para pengkaji lain.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datoβ Nik Amar berkata, hasrat utama kerajaan adalah bagi mengurangkan penebangan dan pergantungan kepada hutan asli, serta sebagai usaha memelihara alam sekitar.
Eucalyptus hanya mengambil masa 4 tahun untuk matang dan sehingga 7 tahun bagi membekalkan kayu keras untuk pembuatan perabot. Kultur Eucalyptus hybrid ini didatangkan dari Naning, China dan Kelantan berkemampuan untuk membina makmal kultur sendiri selepas ini.
Terdahulu, ada pendapat mengatakan Eucalyptus tidak sesuai di Malaysia kerana kuat menggunakan sumber air. Walaubagaimanapun, dapatan kajian mendapati, Eucalyptus mampu membaiki struktur tanah yang rosak, mengekalkan kelembapan, dan tumbuhan lain boleh hidup bersama.
Semoga peluang dan usaha yang baik ini, memberikan berita yang baik buat semua pihak dan pemain industri di samping kita memelihara ekosistem alam sekitar.