oleh Farhan Fauzai
SELISING, 1 Feb: Perbezaan bangsa dan kaum bukanlah satu titik untuk kita berpecah namun ia satu rahmat bagi kita untuk saling berkenalan dan memakmurkan bumi ini seperti mana disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran.
Bertitik daripada itu Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail bersama isteri dan kakitangan Pusat Khidmat Dun (PKD) mengadakan ziarah sambil mengedar buah limau dan Ang Pau kepada warga Tiong Hwa di sekitar Pekan Selising.
Beliau juga ADUN Selising turut mengucapkan Xin Nian Kuai Le, Shen Ti Jian Kang dan Gong Xi Fa Chai sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2022 buat semua sahabat kenalan, followers dan rakan-rakan Tiong Hwa.
#ViraliyatBerita4ptg
#PakatJagaSOP