FASA 1A RESIDENSI PRIMA TOK BALI CAPAI KEMAJUAN 80 PERATUS

PASIR PUTEH – Residensi Prima Tok Bali antara senarai kompenan pembangunan Tok Bali yang sedang giat dilaksanakan.

Sehingga Mac 2023, Fasa 1A melibatkan pembinaan 171 unit rumah teres satu tingkat dan 22 unit rumah teres dua tingkat telah mencapai kemajuan 80 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2023.

“Manakala bagi Fasa 1B yang membabitkan 112 unit rumah teres satu tingkat, pindaan pelan bangunan baru diluluskan dan projek dijangka bermula pada September 2023.

Sementara Fasa 1C iaitu 22 unit rumah teres satu tingkat dan 173 rumah teres dua tingkat pula akan bermula 12 bulan selepas Fasa 1B dibangunkan.”

Demikian menurut Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Majlis Daerah Pasir Puteh, Maziana Mat Husin ketika dihubungi semalam.

Tambahnya lagi, untuk Fasa 2 bagi tujuan pembinaan stesen minyak dan lot perniagaan, proses pengambilan tanah baru selesai dan hak milik individu masih belum dikeluarkan.

Terdahulu, Residensi Prima Tok Bali merupakan projek usaha sama di antara Majlis Daerah Pasir Puteh dengan Syarikat BBGM Tok Bali Development Sdn. Bhd yang dibina di atas tapak seluas 30 ekar di mukim Gong Kulim yang bakal dilengkapi pelbagai fasiliti serba moden seperti dewan serba guna, tadika/taska, surau dan taman permainan.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

Sumber: MDPP

#ViraliyatBerita9pg

Sumber

(Visited 32 times, 1 visits today)

Add Comment