FIREFLY RINTIS LALUAN JOHOR BAHRU-KOTA BHARU

FIREFLY RINTIS LALUAN JOHOR BAHRU-KOTA BHARU

oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU: Rakyat Johor atau Singapura berpeluang terbang terus ke Kota Bharu melalui perkhidmatan disediakan Firefly bermula hari ini.

Penerbangan sulung bermula dari Johor Bahru tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kira-kira jam 11.10 pagi tadi.

Firefly memilih hari Selasa, Khamis dan Sabtu untuk penerbangan setiap minggu dari Johor Bharu ke Kota Bharu dan sebaliknya.

Pelancaran penerbangan pertama itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman.

Hadir sama CEO Firefly, Philips See, wakil-wakil dari syarikat pelancongan dan perhotelan.

Md Anizam berkata, dengan adanya penerbangan Firefly akan merancakkan lagi Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020.

“Kebetulan Kelantan dan Johor mengadakan tahun melawat negeri masing-masing. Kami mengambil kesempatan untuk mempromosikan apa yang menarik di Kelantan dan Johor,” katanya.

Kota Bharu juga mempunyai penerbangan terus ke Singapura melalui Scoot yang dilancar beberapa bulan lepas. Selain lain ke Kota Kinabalu, Kuching, Subang, KLIA dan Melaka.

Kelantan menyasarkan seramai 5.5 juta pelancong bertandang ke negeri itu sempena TMK 2020. – HARAKAHDAILY 17/12/2019

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2019/12/17/firefly-rintis-laluan-johor-bahru-kota-bharu/

(Visited 3 times, 1 visits today)

Add Comment