KOTA BHARU – Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat menceburi pelbagai bidang kemahiran dan teknikal, masih boleh menyambung pengajian mereka di mana-mana Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) yang terdapat di Kelantan.
Pengarah IKBN Tanah Merah Laila Nazura Nawi berkata, terdapat dua pengambilan pelajar setiap tahun.
Katanya, sesi 1/2023 masih lagi dibuka. Manakala sesi kedua pula kemasukan adalah untuk Ogos nanti bagi calon lepasan SPM 2022 sesi 2/2023.
“Di Kelantan kita ada dua pusat pengajian iaitu di Bachok menawarkan Sijil Lanjutan Teknologi Automotif ,Teknologi Hospital dan di Tanah Merah menawarkan Sijil Lanjutan Teknologi Tekstil Jahitan.
“Sesi pengajian lazimnya mengambil masa 18 hingga 36 bulan mengikut bidang yang ditetapkan,” jelasnya.
Tambahnya, banyak kemudahan yang kita sediakan, antaranya termasuklah elaun bulanan, penginapan asrama dan makanan yang percuma serta kemudahan fasiliti.
“Jadi sangatlah rugi kalau calon lepasan SPM tidak mendaftarkan diri disini,” katanya kepada media UPKN, semalam.
Sebarang permohonan bolehlah dilakukan secara atas talian dan disemak pada pautan https://ekampus.kbs.gov.my.
Kepada yang melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan perlu membeli dan mendapatkan nombor PIN yang di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional BSN yang berdekatan.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita9pg