Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM3000 kepada setiap DUN yang terlibat dengan banjir.
Pengerusi JK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Hajah Mumtaz Md Nawi turut mengingatkan para ibubapa sentiasa memantau pergerakan anak-anak di musim banjir. Beliau turut mengingatkan bahawa banjir bukan lagi pesta air tapi adalah bencana.
Sebagai persiapan menghadapi banjir di masa akan datang, Mumtaz turut berpesan agar membuat simpanan digital segala dokumen penting dan pemakluman kepada pentadbir pusat penempatan banjir bagi mangsa-mangsa yang mengidap penyakit kronik.
(Visited 2 times, 2 visits today)