Himpunan 355 maruah Islam, maruah rakyat Kelantan

Himpunan menyokong pindaan Akta 355 yang dijadualkan pada 18 Februari 2017 di Kuala Lumpur adalah maruah parti, maruah Islam dan maruah rakyat Kelantan, tegas Pengerusi Himpunan 355 yang juga merupakan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ustaz Tuan Ibrahim turut berkongsi saat-saat akhir beliau bersama al-Marhum Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggalkan pesan supaya berusaha sedaya mungkin merealisasikan pelaksanaan hukum Allah di bumi Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.

Tegas Ustaz Tuan Ibrahim lagi, Himpunan 355 kelak adalah penting bagi merungkai segala polemik dan silap faham di kalangan masyarakat yang sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment