Ban Chu Bee Sdn Bhd iaitu pengedar Honda terbesar di Wilayah Pantai Timur telah membuka Pusat 4S Honda terbesar (jualan, servis, alat ganti, badan dan cat) di Kota Bahru, Kelantan.
“Tahun lalu, jualan Honda di kawasan Pantai Timur menyumbang sebanyak lapan peratus atau 7,200 unit daripada keseluruhan 91,830 unit kenderaan yang terjual di malaysia. Kelantan menyumbang sebanyak 34.6% jualan serantau. Dalam tempoh lima tahun yang lalu, jualan Honda Malaysia di wilayah Pantai Timur telah meningkat sebanyak 172%” kata Pengarah Urusan Honda Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif, Katsuto Hayashi.
Tahun ini, Honda bermula dengan penerimaan pasaran yang agak baik. Dalam suku pertama 2017, model baharu Honda BR-V, telah menerima tempahan sebanyak 10,000 unit dan lebih daripada 5,200 unit telah didaftarkan, sejak Januari lalu.
Pusat 4S ini dilengkapi dengan 20 ruang servis termasuk lima servis pantas, lapan kawasan penyelenggaraan, satu ruang perkhidmatan tayar dan servis penyaman udara dan dijangka dapat menyelenggara sehingga 100 unit kenderaan sehari.
Menelan kos sebanyak RM22 juta, pusat 4S ini berkeluasan 62,200 kaki persegi. Pelanggan dapat menikmati ruangan menunggu, wifi percuma, sudut kanak-kanak dan surau. Ban Chu Bee Sdn Bhd ini terletak di Lot 1349, Jalan Pasir Mas-Salor 15100 Kota Bharu, Kelantan.
Video perasmikan oleh Dato’ Abdul Fattah Hj Mahmood – Official
kredit :- Careta.my ( http://careta.my/?p=26431 )