JAHEAIK RAIKAN 100 ANAK YATIM

KOTA BHARU – Seramai 100 anak yatim diraikan dalam Majlis Semarak Ramadan Bersama Keluarga Dhuafa’ Tahun 1444H/2023M di Dewan Besar Kompleks Islam Darulnaim, Lundang, semalam.

Agihan sumbangan kepada anak-anak yatim dari setiap jajahan di Kelantan sempena Ramadan itu adalah program tahunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).

Timbalan Pengarah Operasi JAHEAIK, Dr Hasnan Ramli menyatakan program tersebut bertujuan membantu golongan yang kurang bernasib baik khususnya anak-anak yatim sempena bulan penuh dengan kerahmatan.

Beliau menyarankan masyarakat bersikap tolong menolong dan bantu membantu.

“Melalui sikap tolong menolong dan bantu membantu akan melahirkan hubungan harmoni dalam masyarakat Islam.

Kelebihan sepanjang bulan Ramadan perlu direbut kerana Ramadan mengajar kita erti disiplin diri, kesabaran dan ketaqwaan,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan dalam majlis tersebut.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAHEAIK, Mohd Suhaimi Mohamed.

Pautan

(Visited 6 times, 1 visits today)

Add Comment