JAMBATAN TEMALIR: LULUS RM10.9 JUTA, DIJANGKA SIAP TAHUN 2025

KUALA LUMPUR – Penduduk Kampung Temalir wajar berpuas hati dengan usaha Ahli Parlimen Kuala Krai YB Abdul Latiff Abdul Rahman yang sedaya upaya melakukan pelbagai ikhtiar dalam memperjuangkan hak demi keselesaan pengguna Jambatan Temalir.

YB Abdul Latif meminta Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa (KKWD) membaiki atau membina semula jambatan di kawasan KESEDAR yang dibina oleh rakyat secara bergotong-royong menggunakan batang pokok kelapa dan kayu.

Jambatan tersebut rosak teruk akibat banjir 2014.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) YB Datuk Rubiah Wang memaklumkan projek Jambatan Temalir menghubungkan Kampung Temalir Lama ke Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) Temalir telah diluluskan sebagai Pembangunan Jambatan Luar Bandar dengan peruntukan RM10.9 juta.

“Projek membina jambatan sepanjang 80 meter dan jalan tuju sejauh 400 meter akan dimulakan pada tahun ini mengikut piawaian JKR R2 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2025. Pihak KKDW juga akan membaiki “kepala” jambatan terlebih dahulu sebelum jambatan baharu siap sepenuhnya demi keselamatan pengguna ,” katanya di Kamar Khas, semalam.

YB Abdul Latiff berterima kasih kepada KKDW dan berharap kesusahan penduduk Temalir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai berakhir dengan pembinaan jambatan tersebut.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg

Sumber

(Visited 15 times, 4 visits today)

Add Comment