
KOTA DARULNAIM – Melalui Rancangan Tempatan Jajahan Gua Musang, sudah ada rancangan untuk memajukan kawasan di Sungai Nenggiri sebagai destinasi pelancongan iaitu dengan program Nenggiri Eco Chalet yang melibatkan penyertaan peserta tempatan dan antarabangsa.
Demikian menurut Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah ketika menjawab soalan bertulis daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, YB Abdul Aziz Yusoff pada hari kedua Persidangan Kali Keempat Bagi Tempoh Penggal Yang Kelima Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Ke-14 Tahun 2023, hari ini.
Selain itu katanya, ada beberapa aktiviti yang dicadangkan seperti ekspedisi berkayak dan berakit untuk tarikan pelancong di sekitar Kampung Setar.
Manakala berkaitan dengan mewujudkan bandar baharu katanya, setakat ini belum ada sebarang rancangan dan cadangan daripada pihak kerajaan di kawasan tersebut.
Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita4ptg