oleh Norzana Razaly
SEPANG – Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa gigih dan kreatif berusaha mempromosi industri pelancongan Kelantan sempena kempen Tahun Melawat Kelantan 2020.
Salah satu idea bernas ialah membawa nama Kelantan ke persada antarabangsa melalui kerjasama strategik bersama AirAsia Berhad melalui syarikat pengiklanan Laduni Services Sdn. Bhd.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri, YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Ab Rahman menerima sambutan meriah sejurus tiba di pusat MRO Air Bus Sepang daripada Dato’ Aziz Bakar, Pengasas Bersama AirAsia Berhad dan pengurusan AirAsia serta Ketua Bahagian Fasiliti dan Keselamatan, Sepang Aircraft Engineering, (anak syarikat Airbus) pengendali Pusat MRO pada 20 Januari 2020.
YB Dato’ Mejar Anizam mengetuai delegasi amat berpuas hati setelah meninjau status persiapan sebuah pesawat AirAsia yang memaparkan imej reka corak berindentiti Kelantan.
Proses menyiapkan projek pesawat “Livery” ini bakal siap sepenuhnya pada minggu ini dan kempen mulai berlangsung selama dua tahun bagi membawa ‘branding Kelantan in the sky’ ke seluruh destinasi utama dengan enam sektor penerbangan sehari ke seluruh Asia.
Kekerapan penerbangan empat jam sehari dijangka membawa lebih 630 ribu penumpang serta 3.5 juta tancapan selama dua tahun pesawat ini terbang.
Penerbangan pertama livery yang bermotif jata negeri, wau bulan, gerbang rehal, wayang kulit dan raflesia ke Ho Chi Min, Vietnam pada pagi tadi.
Turut hadir bersama, YB Dato’ Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Timbalan SUK, YM YDP MPKB-BRI, YB ADUN Tendong, YB ADUN Chempaka, Bendahari Negeri dan delegasi daripada Kerajaan Negeri Kelantan.- UPKN KELANTAN 21/01/2020
Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2581435818757436