Kelantan larang main Pokemon Go

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan hari ini melarang permainan maya Pokemon GO di semua premisnya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan akan dikenakan terhadap kakitangan kerajaan atau orang awam yang ditangkap bermain Pokemon GO di premis kerajaan.

“Sebab utama (tidak membenarkan bermain Pokemon GO) adalah faktor keselamatan. Tempat awam kami tak ada keputusan lagi tapi (tidak dibenarkan bermain) di premis kerajaan seperti Kompleks Kota Darul Naim dan pejabat majlis daerah,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco di sini hari ini. –
Bernama

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment