KELANTAN NEGERI MODEL PERPADUAN KAUM YANG HARMONI

MACHANG – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi Sains dan Teknologi YB Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, besar harapan kerajaan negeri untuk menjadikan Kelantan sebagai model perpaduan keharmonian kaum di Malaysia.

Tambahnya, untuk merealisasikan harapan tersebut setiap rakyat perlu memahami bahawa perbezaan kaum yang ada merupakan satu keunikan dan kekayaan dalam kehidupan bermasyarakat apabila saling memahami dan menghormati serta secara tidak langsung boleh membina sebuah masyarakat yang harmoni dan aman.

“Kita amat bangga dengan Kelantan sebagai model perpaduan keharmonian di Malaysia. Di negeri ini, masyarakat daripada pelbagai etnik dan agama hidup berdampingan dengan penuh toleransi dan saling menghormati. Ini adalah satu contoh yang perlu dicontohi oleh seluruh negara,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jalinan Mesra Antara Kaum, bertempat di Dewan Tokong (Gedung) Persai Buddhist Temangan pada Ahad lepas yang dihadiri lebih kurang 300 warga masyarakat dari pelbagai latar belakang dan agama berkumpul bersama-sama dengan penuh keharmonian.

“Marilah kita terus memperkukuhkan ikatan perpaduan dan memperkasakan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, keikhlasan, dan kerjasama dalam kehidupan bermasyarakat,

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam Program Jalinan Mesra Antara Kaum di Kelantan. Mari kita kekalkan semangat ini untuk kebahagiaan bersama,” ulasnya.

#ViraliyatBerita9pg

Sumber

(Visited 37 times, 1 visits today)

Add Comment