KELANTAN PERUNTUKKAN SUBSIDI, BERI BEKALAN AIR PERCUMA KEPADA RUMAH IBADAT

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri melalui Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), sentiasa memberi perhatian kepada keperluan dan kebajikan rakyat berkaitan dengan kehidupan beragama khususnya kepada rumah ibadat.

Susulan itu, sejumlah RM369,562.00 subsidi setahun telah diperuntukkan kerajaan bagi memberikan perkhidmatan air secara percuma kepada kesemua rumah ibadat susulan dari tarif baharu yang telah diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan yang berkuatkuasa 1 Ogos 2022.

Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd Dr. Nazmi Ghazali Azmi berkata, subsidi yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dikira dari tarikh bermulanya tarif baharu iaitu 1 Ogos 2022 melibatkan 2,507 ribu akaun pengguna.

Tambahnya, keputusan kerajaan itu, untuk menanggung segala kos berkaitan tarif baharu telah dipersetujui sebulat suara melalui Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 7 September 2022.

“Pemberian percuma ini diberikan menerusi subsidi kepada semua pengguna Tarif E yang merupakan pengguna rumah ibadat.

AKSB juga menanggung segala kos berkaitan tarif baharu agar rumah ibadat dapat kekal menikmati bekalan air terawat secara percuma,” katanya kepada Media UPKN, semalam.

Pada masa yang sama, beliau turut berharap, pengguna dan pengurusan rumah ibadat menggunakan air dengan cermat dan sentiasa menjaga kelestarian alam sekitar.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg

Sumber

(Visited 24 times, 1 visits today)

Add Comment