KELANTAN RINTIS KEPIMPINAN RABBANI

KOTA DARULNAIM – Kelantan terus unggul merintis pendekatan Kepimpinan Rabbani sebagai gaya tadbir urus kerajaan Merakyat Membangun Bersama Islam dan mengekalkan tema Kelantan Maju Rakyat Sejahtera bagi mendepani cabaran tahun 2023.

Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata inisiatif tersebut telah membuahkan hasil dengan peningkatan sebanyak RM209.94 juta atau 27.14 peratus kepada RM983.42 juta berbanding tahun 2021. Sekali gus melonjakkan kutipan hasil sebanyak 99.16 peratus daripada jumlah yang dibajetkan bagi tahun 2022.

Beliau menjelaskan Kepimpinan Rabbani yang diterapkan Kerajaan Negeri Kelantan mampu melahirkan prinsip-prinsip dalam pengurusan organisasi meliputi Konsep Tauhidiah iaitu meletakkan ketaatan hanya kepada Allah SWT.

Tambahnya, Konsep Musyawarah pula meletakkan kemuafakatan sebagai prinsip manakala Konsep Musawah menekankan kesamaan hak dan tanggungjawab di sisi Allah SWT dan Konsep ‘Adalah merujuk kebebasan dalam berbagai perkara dengan batasan-batasan hak Allah SWT,” katanya ketika menyampaikan Amanat Khas Tahun Baharu 2023 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulniam, hari ini.

Katanya lagi, pendekatan Rabbani itu telah diperkemaskan lagi melalui Dasar Pendidikan

Rabbani Kelantan yang dilancarkan pada tahun 2018 dan dikembangkan pada tahun 2022 ke peringkat komuniti melalui Program Komuniti Rabbani.

Menurut Ustaz Dato’ Ahmad, masyarakat yang baik akan menjelmakan kepimpinan yang baik dan bijaksana dalam mengurus tadbir adalah qudwah (suri teladan) kepada perkhidmatan awam.

“Kerajaan Negeri mempunyai wawasan yang kukuh terhadap pembangunan modal insan negeri demi menjaga keutuhan generasi dan kestabilan negeri yang dibina kukuh atas kekuatan syari’at Islam,” jelasnya.

(Visited 6 times, 1 visits today)

Add Comment