Kelantan setuju asing pintu lelaki, wanita masuk stadium

unnamed Ketika syarat stadium merah jambu masih hangat dibincangkan, kerajaan Kelantan semalam bersetuju dengan cadangan untuk mengasingkan pintu masuk Stadium Sultan Muhammad ke IV untuk lelaki dan wanita.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata cadangan itu selari dengan dasar kerajaan sebelum ini.

“Begitu juga cadangan mahu mengecat bahagian dalam atau luar stadium dengan warna pink biarlah dibuat secara sempurna.

“Takkan semua nak warna pink nanti kelabu mata pula, kalau tambah warna putih baru lah nampak cantik. Kita pastikan stadium menjadi satu lagi pusat tarikan pelancong,” katanya seperti dilapor Harakahdaily.

Beliau berkata demikian selepas kunjungan hormat Tan Sri Annuar Musa di pejabat Menteri Besar petang semalam.

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) sebelum itu mengadakan perbicangan dengan Datuk Ahmad Yaakob.

Baru-baru ini pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menetapkan syarat mengecat Stadium Muhammad Ke IV dengan merah jambu bagi membantu tajaan untuk skuad bola sepak Kelantan.

Abdul Fattah berkata kerajaan negeri akan meneliti pelaksanaan penambahbaikan stadium disebabkan sekarang hampir dengan jadual Liga Perdana.

(Visited 43 times, 1 visits today)

Add Comment