Kelantan tuan rumah sambutan antirasuah

sprmktnKOTA BHARU: Kelantan dipilih menjadi tuan rumah sambutan antirasuah peringkat antarabangsa yang akan diadakan 10 Disember hadapan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan, Datuk Moh Samsuddin Yusof berkata, sepatutnya sambutan itu diadakan 9 Disember yang disambut seluruh dunia setiap tahun.

Bagaimanapun katanya tarikh itu jatuh pada hari Jumaat yang merupakan cuti mingguan di Kelantan.

“Ini permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyokong usaha antirasuah dengan meminta mengadakan kempen ini.

“Di Kelantan semua pihak bersetuju diadakan bagi memberi kesedaran kepada rakyat menolak perbuatan rasuah,” katanya pada majlis makan malam anjuran Yayayan Anti Rasuah Malaysia (YARM) di Kelantan Trade Center (KTC) malam tadi.

Moh Samsuddin berkata, SPRM dengan kerjasama kerajaan negeri, persekutuan dan YARM sebagai penganjur sambutan tersebut yang akan diadakan di Stadium Muhammad ke-IV.

Program makan malam itu dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi. – HARAKAHDAILY 24/11/2016

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment