KOTA BHARU: Seramai 1,640 calon peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) Yayasan Islam Kelantan (Yik) 2015 memperoleh peringkat Mumtaz (27.06%), berbanding pada 2014 seramai 1,533 calon memperoleh peringkat sama (26.23%).
Keseluruhan keputusan SMU bagi 2015 ialah 84.64 %, meningkat 4.38 %, berbanding 2014, 80.26 %.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Datuk Hassan turut mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Menengah Tahfiz Al-Quran (SMTQ) dan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP) bagi 2015.
“Peratus pencapaian SMTQ pada 2015 ialah 99.69%, dengan pencapaian mata Pelajara Khusus SMTQ 99.50% (Al-Quranul Karim), 100.00% (Hifzul Mutun) dan 100.00% (Al-Qiraat).
“Seramai 105 calon dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat menduduki peperiksaan itu.
“Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP) 2015, peratus pencapaian ialah 50.67%, dengan calon seramai 75 orang dari Pusat Pengajian Pondok,” kata Dr Fadzli pada majlis pengumuman keputusan bagi SMU, SMTQ dan STUP 2015 di Nilam Puri dekat sini semalam.
Turut hadir Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Tengku Ab Rahman Tuan Yunus, pengetua YIK serta para pegawai.
14 buah sekolah YIK telah mencapai keputusan peperiksaan 100% terdiri daripada Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong, Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah.
Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan, SMU (A) Al-Kauthar Peringat, SMU (A) Tarbiah Al-Islamiah Kg Kuala Kajang, SMU (A) Al-Ansyoriah Kemahang, SMU (A)Tarbiah Diniah Bunut Sarang Burung.
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Shah Alam, Maahad Ar-Rahmah Melaka, Sekolah Menengah Islam Seremban, Maahad Tahfiz Khairiah Mersing, Madrasah Muhammadiah Sungai Durian dan Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Muar, Johor.
Turut diumumkan Pelajar Terbaik SMU 2015 (lelaki dan perempuan), Pelajar Terbaik SMTQ 2015 dan Pelajar Terbaik STUP 2015.
Muhammad Aiman Azahazuhari (Maahad Muhammadi Lelaki) (10 Mumtaz) dium