OLEH YB HAJI WAN ROSLAN BIN WAN HAMAT
SEBAGAIMANA yang disebutkan sebelum ini, Kerajaan Negeri serius dalam pelaksanaan acara sukan yang patuh syariah dalam setiap pertandingan yang disertai.
Kerajaan Negeri tidak pernah membuka gelanggang pertarungan kepada petinju wanita untuk pertunjukan dan aktiviti yang berasaskan keuntungan dalam sukan muay sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Boksing Negeri Kelantan di dalam portal Malaysiakini di https://m.malaysiakini.com/sukan/489026 dan Bernama di http://bernama.com/bm/news.php?id=1759541 sejak semalam.
Kenyataan yang dibuat oleh beliau mungkin berlandaskan penyertaan Kelantan dalam SUKMA 2018 dan Karnival Sukan Kelantan 2019. Oleh yang demikian, adalah tidak adil menyatakan keputusan berkenaan berdasarkan perkara tersebut.
Kendatipun begitu, segala perlawanan dan pertunjukan yang dilaksanakan adalah tertakhluk kepada undang-undang dan peraturan sedia ada.
Sekian.
YB Haji Wan Roslan bin Wan Hamat
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan- FB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat 26/8/2019
Sumber: https://www.facebook.com/ustazwanlan/posts/2427002817416560