KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA BANTUAN BANJIR RM50 JUTA – MB

TUMPAT – Menteri Besar YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob memaklumkan sehingga kini Kerajaan Negeri masih lagi belum menerima wang bantuan banjir seperti yang dijanjikan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Tegasnya, bantuan banjir RM50 juta yang ingin diberi kepada Negeri Kelantan dan RM 50 juta kepada Negeri Terengganu itu telah diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan.

“Sebelum ini, beliau (PM) berjanji nak beri bantuan memasing berjumlah RM50 juta kepada Kelantan dan Terengganu, tp bantuan itu telah disalurkan kepada JPP Kelantan.

Bagaimana cara mereka nak agih kepada rakyat kita pun tidak tahu, tapi yang pastinya kita pun menunggu bila bantuan itu akan sampai kepada rakyat,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Pasca Banjir di Kampung Sri Periok di sini, hari ini.

Terdahulu, pada majlis berkenaan seramai 1000 orang masyarakat di sekitar kampung Sri Periuk yang terkesan dengan banjir pada tahun lalu, menerima bantuan berupa kotak kit makanan kering khususnya bagi meringankan beban mereka.

Turut hadir, Ahli Parlimen Tumpat YB Dato’ Mumtaz Md Nawi, Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, dan juga pimpinan setempat.

Pautan: KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA BANTUAN BANJIR RM50 JUTA – MB

(Visited 32 times, 16 visits today)

Add Comment