KERAJAAN NEGERI PERUNTUKKAN RM49.1 JUTA UNTUK SKIM AL-IT’AM

KOTA DARULNAIM – Bermula tahun 2011 sehingga 2022, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM49.1 juta kepada 13,500 penerima Skim Al-It’am bagi keseluruhan 45 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, melalui skim tersebut, penerima mendapat bekalan empat gantang beras (10.8 kilogram), minyak masak satu kilogram dan gula satu kilogram setiap bulan. Manakala, pada bulan Ramadan tambahan satu kotak kurma turut diagihkan kepada penerima melalui DUN masing-masing.

Selain itu, menurutnya peruntukkan kewangan yang disalurkan kepada setiap DUN juga turut bertambah dari tahun ke tahun bagi membolehkan lebih ramai golongan miskin di setiap DUN menerima manfaatnya, sebagai contoh tahun 2011 jumlah yang diperuntukan ialah RM1.5 juta bagi 100 penerima di setiap 45 DUN, namun begitu pada tahun 2022 jumlah peruntukan telah bertambah kepada RM6.3 juta yang membolehkan 300 penerima bagi setiap 45 DUN.

“Peruntukan kewangan bagi skim tersebut yang disalurkan kepada DUN telah diurus oleh Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) untuk memastikan kelestarian program berjalan lancar sebagaimana aspirasi Negeri Kelantan sebagai Negeri Berkebajikan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Pautan: KERAJAAN NEGERI PERUNTUKKAN RM49.1 JUTA UNTUK SKIM AL-IT’AM

(Visited 11 times, 3 visits today)

Add Comment