KERAJAAN NEGERI PERUNTUKKAN RM94.3 JUTA BAGI SKIM KHAIRAT KIFAALAH

KOTA DARULNAIM – Inisiatif Skim Khairat Kifaalah Kerajaan Negeri Kelantan telah bermula pada Februari 2007.

Kifaalah adalah produk khairat kematian percuma yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri kepada seluruh rakyat Kelantan sama ada lelaki atau perempuan yang berumur 55 tahun ke atas, berpendapatan bawah RM4,000 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya sebagai pengundi di Kelantan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti YB Dato’ Mohd Amar Abdullah, sehingga Disember 2022 jumlah tuntutan kematian yang dibuat oleh waris si mati yang mendaftar dengan skim tersebut ialah 57,712 orang daripada 202,269 orang yang mendaftar.

“Daripada jumlah tersebut, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM94,354,000 sebagai bayaran pampasan tuntutan kematian iaitu RM1,000 kepada wasi si mati yang mendaftar,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, pada awal skim ini dilancarkan, ia dikenali dengan nama Skim Takaful Kifaalah Warga Emas yang diurus di bawah anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) iaitu Kifaalah Sdn Bhd dan bermula tahun 2019 pengurusan skim tersebut telah dikendalikan di bawah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (PPN) sehingga kini.

Selain itu, katanya juga bermula Ogos 2021 bantuan one-off sebanyak RM1,500 kepada waris yang meninggal akibat COVID-19 turut diberikan bagi tujuan pengurusan jenazah walaupun si mati tidak mendaftar di bawah skim tersebut.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg

Pautan: KERAJAAN NEGERI PERUNTUKKAN RM94.3 JUTA BAGI SKIM KHAIRAT KIFAALAH

(Visited 5 times, 1 visits today)

Add Comment