oleh Nik Azman Nik Mustafa
MACHANG – Kerajaan negeri sentiasa prihatin dengan masalah rakyat yang banyak terjejas sumber pendapatan kesan pandemik Covid-19 khususnya pemandu teksi yang kurang beroperasi.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Ustaz Abdul Rahman Yunus mewakili pengerusi portfolio berkenaan menyampaikan sumbangan kepada 53 orang pemandu teksi pada Majlis Penyampaian Sumbangan Khas Kerajaan Negeri Kelantan Kepada Pemandu Teksi Jajahan Machang Tahun 2021 di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang hari ini.
Dalam ucapannya, YB Ustaz Abdul Rahman menyatakan kerajaan negeri tidak pernah abai dalam usaha menyalurkan bantuan khususnya kepada mereka yang ditimpa musibah dan terjejas pendapatan.
Turut hadir, Ketua Jajahan Machang, YABrs Nik Mohd Hasanuddin Nik Hussain, ADUN Pulai Chondong, YB Ustaz Azhar Salleh, ADUN Kemuning, YB Ustaz Mohd Roseli Ismail dan Timbalan Ketua Jajahan Machang, YM Tengku Sarifuddin Dato’ Tengku Shahbuddin.- UPKN KELANTAN 15/3/2021