KERAJAAN NEGERI SENTIASA BERUSAHA MENINGKATKAN BEKALAN AIR

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU – Kerja-kerja pembinaan  di Loji Rawatan Air Kampung Telok dan Loji Rawatan Air Teluk Mesira sedang rancak dijalankan bagi mengatasi masalah bekalan air di kawasan sekitar menjelang bulan Ramadan ini.

Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata demikian sewaktu melakukan lawatan di kedua-dua loji tersebut hari ini.

“Walaupun isu air merupakan isu lama namun kerajaan negeri sentiasa berusaha meningkatkan bekalan air di Kelantan bagi menampung keperluan yang semakin bertambah,” katanya pada sidang media.

Kos pembinaan di loji Kampung Telok sebanyak RM 45 juta manakala di loji Teluk Mesira sebanyak RM 3 juta.

Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa  Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, YB Dato’ Sr. Azami Mohd Nor, ADUN Tawang, YB Dato’ Hassan Mahamood, ADUN Cempaka, YB Ahmad Fathan Mahmood, ADUN Jelawat, YB Abdul Azziz Kadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Rashid Mohd Yusoff dan Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Datuk Dr Ir. Azuhan Mohamed.- UPKN KELANTAN 8/4/2021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PENGGUNAAN AIR TELAGA SECARA SARA DIRI TIDAK DICAJ

oleh Nik Azman Nik Mustafa KUBANG KERIAN – Menurut Seksyen 12 Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019 caj abstraksi sumber air tanah hanya untuk tujuan bekalan air industri atau komersial dan bukannya untuk tujuan bekalan air domestik. Pada sidang media di pejabatnya hari ini, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan […]

Subscribe US Now