KERAJAAN NEGERI SUMBANG 100K, MENTERI BESAR INFAK 10K

webmaster

oleh Norzana Razaly

KOTA BHARU, 16 Mei: Yang Amat Berhomat Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan amat prihatin setiap kali tercetusnya isu tempatan dan antarabangsa yang mencemar kesucian agama dan umat Islam.

Beliau segera bangkit bersuara menyatakan pendirian atau teguran terhadap pihak yang melampau batas kemanusiaan terutamanya di Palestin dan responsif terhadap apa sahaja permintaan dan rayuan saudara seagama dengan sentiasa menghulurkan bantuan sama ada idea, tenaga dan material untuk membantu mengurangkan penderitaan mereka.

Dato’ Ahmad mengakui, beliau mengikuti perkembangan secara dekat situasi yang dihadapi rakyat Palestin dan sedar perjuangan rakyat Palestin sangat memerlukan doa dan munajat umat Islam dari seluruh pelosok dunia.

Bukan itu sahaja, beliau berpendapat perjuangan rakyat Palestin juga wajib disusuli dengan sumbangan material kerana mereka benar-benar memerlukan bantuan kewangan pada masa ini akibat perlakuan rejim Zionis yang sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan. Bahkan telah melanggar prinsip kemanusiaan serta mencabul dasar hak asasi tajaan barat itu sendiri.

Sehubungan itu, pada 13 Mei lalu Kerajaan Kelantan mengumumkan sumbangan berjumlah RM100,000 melalui Tabung Serambi Mekah sebagai tanda bersolidariti dengan perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada kekejaman Zionis.

Demi meraih pahala bersama, beliau turut mempelawa orang ramai untuk menyalurkan infak melalui Tabung Amanah Kebajikan Darulnaim (Tabung Serambi Mekah) bernombor akaun Bank Islam 03018010080024 dengan dimulai oleh sumbangan peribadi beliau sendiri berjumlah RM10,000.

#upknpedulipalestin

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

WAKIL RAKYAT ADALAH GURU -YB WAN ROSLAN

oleh Norzana Razaly TUMPAT, 16 Mei: 16 Mei menyaksikan saban tahun jasa bakti pendidik bermula dari cikgu tadika sehingga pensyarah di institusi pengajian tinggi termasuklah murabbi pondok, diraikan semulia-mulianya oleh segenap lapisan masyarakat. Fenomena guru menjadi wakil rakyat amat popular para era 50-an hingga 80-an kerana dahulu kerjaya itulah satu-satunya […]

Subscribe US Now