KERAJAAN NEGERI SUMBANG KUIH RAYA UNTUK PASUKAN KESELAMATAN

webmaster

oleh Nik Azman Nik Mustafa

KOTA BHARU, 6 Mei: Sebanyak 17 agensi anggota pasukan keselamatan menerima sumbangan kuih raya daripada kerajaan negeri pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Raya Aidilfitri daripada Kerajaan Negeri Kelantan 2021 di Kediaman Rasmi Menteri Besar JKR 10 hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua PURNAMA, Datin Bentara Kanan isteri YAB Menteri Besar Kelantan, Hajjah Siti Zabidah Ab Hamid.

Turut menyampaikan sumbangan isteri YB Timbalan Menteri Besar selaku Timbalan Yang Dipertua PURNAMA, Datin Hajjah Hasmani Haji Hussain dan isteri YB Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan selaku Setiausaha PURNAMA, Datin Nor Asikin Haji Ahmad.

Program ini merupakan program tahunan kerajaan negeri menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri sebagai menyantuni peranan anggota pasukan keselamatan khususnya dalam menangani pandemik Covid-19.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan hantar laporan semasa untuk tindakan MKN

Kelantan hanya hantar laporan semasa untuk pertimbangan dan tindakan MKN bagi mengekang penularan Covid-19 yang semakin kritikal. Silakan share jika bermanfaat.... Facebook 0 Twitter Print

Subscribe US Now