KERAJAAN PUSAT DIGESA BERI TUMPUAN KEPADA PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, antara faktor yang menyebabkan arus pembangunan di Kelantan agak perlahan kerana terhalang dek kemudahan infrastruktur yang tidak mencukupi dengan keadaan semasa.

Dalam perbahasan usul Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat semalam, beliau turut menggesa kerajaan pusat agar memberi tumpuan yang lebih terhadap pembangunan infrastruktur yang meliputi penyelenggaran jalan raya dan juga pembinaan Empangan Nenggiri dan Lebir di Gua Musang.

“Sejak 65 tahun lalu, kita rakyat Kelantan dinafikan hak. Kita tidak ada pelabuhan, tidak ada lapangan terbang antarabangsa, tidak ada lebuh raya, tidak ada empangan dan sebagainya.

Jadi, saya amat berharap supaya Kerajaan Pusat boleh memberi perhatian pada kali ini dengan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur khususnya bagi merangsang perkembangan ekonomi di Kelantan,” katanya.

Sementara itu, ketika perbahasan berlangsung, beliau turut membangkitkan isu pembinaan Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dan Pasir Pekan berkaitan proses pelaksanaan projek berkenaan.

“Di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, bilangan pesakit melebihi 400 orang sehari, ini menyebabkan keperluan kepada pembinaan bangunan yang baharu kerana klinik yang beroperasi sekarang merupakan bangunan lama yang telah beroperasi sejak 50 tahun yang lalu,” ulasnya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg

Sumber

(Visited 24 times, 1 visits today)

Add Comment