Kerajaan sangat kukuh – MB

Kota Bharu – Hubungan baik di antara pimpinan utama kerajaan yang membarisi Majlis Mesyuarat Kerajaan dengan pegawai pentadbir dan pihak istana mengukuhkan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri.

_MG_2457Hubungan tiga pihak itu berfungsi secara profesional dan harmoni sejak Kelantan dipimpin al-Marhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat dan diteruskan oleh YAB Menteri Besar, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob.

“Pentadbiran Kerajaan Negeri alhamdulillah sangat kukuh dan mempunyai persefahaman yang baik antara pentadbir dan juga pemerintah, khususnya hubungan dengan pegawai,” maklum beliau kepada warga Kelantan di perantauan.

Natijah daripada jentera pentadbiran yang kukuh dan harmoni, maka urusan pentadbiran dan pembangunan negeri dapat dilakukan dengan lancar dan teratur.

Sebagai contoh, tiga tahun kebelakangan ini banyak pelabur berminat untuk melabur di Kelantan dalam sektor hartanah dan perdagangan, antaranya AEON Mall di Lembah Sireh yang merupakan antara premis AEON terbesar di Malaysia.

Sungguhpun demikian, Ustaz Ahmad menegaskan bahawa Kerajaan Negeri di bawah pimpinannya tidak sekali-kali leka walau sebesar manapun pembangunan datang ke negeri ini.

“Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan, exco-exco kita pantau (projek pembangunan) supaya tidak lari dari garis-garis ‘Membangun Bersama Islam’. Kita tak gadai prinsip kita,” tegas Ustaz Ahmad.

duit-rayaUntitled-1

Ustaz Ahmad turut menghargai peranan rakyat Kelantan di mana jua mereka berada. Beliau tersentuh dengan modal insan yang dilahirkan kerajaan yang akhirnya banyak membantu kerajaan dalam membangun negeri Kelantan.

“Keberkatan yang utama yang ada pada Kelantan yang mampu mengeluarkan anak-anak didik kita. Anak Kelantan yang mempunyai modal insan yang tinggi. Ini antara benda yang membantu kita di samping kekelantanan itu sendiri.

motorItu salah satu daripada yang orang lain tak boleh tandingi. Kita rasa sayang antara kita. Kita hormat antara kita. Kita boleh melaksanakan sesuatu dengan pakatan anak Kelantan yang berteraskan kepada agama Islam yang maha suci,” beliau meluahkan rasa bangga itu ketika berucap menghargai ribuan rakyat Kelantan di perantauan di Majlis Mesra Aidilfitri Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan bersama anak-anak Kelantan di perantauan.

Di majlis itu Ustaz Ahmad sempat melancarkan dua buah buku terbitan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan berjudul Menteri Besar Kelantan dan Tanah Jajahan Negeri Kelantan.

Turut hadir YB YB Timbalan Menteri Besar, Dato’ Haji Mohd Amar Nik Abdullah, YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mohd Faudzi Che Mamat, YB Yang diPertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Haji Abdullah Ya’kub, barisan Exco,  dan beberapa selebriti ternama kelahiran Kelantan.buku

(Visited 1 times, 1 visits today)

Add Comment