KERAJAAN TELITI TANAH NEGERI, BINA PPS KEKAL – MB

TUMPAT – Menteri Besar YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob memaklumkan Kerajaan Kelantan sedang meneliti beberapa tanah dalam negeri yang sesuai dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang berstatus kekal bukan menumpang sekolah, kepada mangsa banjir pada masa hadapan.

Tambahnya, buat masa ini jumlah PPS yang masih kekal ada berjumlah sebanyak 442, jika cadangan ini berjaya ia akan dapat menampung bilangan PPS yang sedia ada, seterusnya dapat memberi kemudahan kepada mangsa banjir untuk berlindung di kawasan yang berdekatan dengan penempatan mereka.

“Berdasarkan situasi semasa cuaca harian, kita dapat lihat hujan lebat masih lagi berterusan di beberapa tempat dalam negeri ini, menandakan musim banjir belum lagi berakhir.

Oleh itu, kita akan teliti beberapa tanah kerajaan negeri yang sesuai untuk dijadikan PPS selepas ini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Rumah Dhuafa’ di Kampung Laut, Sabtu lalu.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg

Pautan: KERAJAAN TELITI TANAH NEGERI, BINA PPS KEKAL – MB

(Visited 8 times, 3 visits today)

Add Comment