Kerajaan terima RM8.5 juta

KOTA BHARU – CNMC Goldmine Holdings Limited, sebuah syarikat perlombongan telah menyerahkan bayaran kedua berjumlah RM8,524,127.62.

Bayaran tersebut diselesaikan dalam satu majlis penyerahan cek oleh Pengerusi Eksekutif CNMC Goldmine Holdings Limited, Professor Lin Xiang Xiong kepada Menteri Besar, Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob di pejabat beliau.

sokor-project
Kawasan perlombongan emas di Sokor, Tanah Merah

Flagship‘ projek CNMC Goldmine ialah perlombongan emas di Sokor, Tanah Merah. Bayaran tersebut adalah bagi kelulusan untuk pengendalian berskala besar Pajakan Melombong untuk tempoh 21 tahun sehingga 2034.

Sebelum itu, bayaran kali pertama berjumlah RM 2,660,000.00 telah dijelaskan pada 19 September 2016.

Turut hadir dalam majlis berkenaan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Nik Kazim Haji Nik Yusoff, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Dato’ Haji Hanifa Ahmad, Ketua Eksekutif PKINK, Dr. Haji Wan Zawawi Wan Ismail,  dan  Timbalan Pengerusi Eksekutif CNMC Goldmine Holdings Limited, Choo Chee Kong.

 

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment