Kerajaan warta Wat di Kelantan

Hari bersejarah kepada komuniti Siam dan penganut Buddha di Kelantan khususnya apabila Kerajaan ‘Membangun Bersama Islam’ di bawah teraju YAB Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Yakob telah menyampaikan Warta Kerajaan Negeri Kelantan kepada 9 daripada 12 tapak Wat di Tumpat.

Warta berkenaan di bawah tajuk rekreasi dan kebudayaan menjamin keadilan sosial dan kebebasan menjalani aktiviti keagamaan dan kebudayaan komuniti Siam dan Buddha pada masa akan datang.

Sebagaimana Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang telah diamanahkan merancang dan mengawasi kegiatan serta pembangunan masjid di negeri ini, Majlis Sangha Kelantan telah diamanahkan sebagai badan yang bertanggungjawab mengawasi kegiatan dan pembangunan wat-wat di seluruh Kelantan.

Keharmonian dan toleransi yang sangat baik di antara kaum dan agama di Kelantan ini diharapkan dapat menjadi contoh kepada dunia yang skeptik dengan Islam.

(Visited 31 times, 1 visits today)

Add Comment