KESUKAS, PENJARA KELANTAN SARAN MASYARAKAT JADI ADIWIRA DARAH

KOTA BHARU – Kempen derma darah terus dilaksanakan bagi menyediakan bekalan darah yang mencukupi kepada masyarakat yang memerlukannya.

Pakar Anestesiologi Hopital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Dr Mohamad Ibariyah Iberahim berkata setiap warganegara Malaysia yang sihat dan layak menderma darah disaran menjadi adiwira darah melalui kempen tersebut.

Beliau yang juga Pengerusi Kebajikan Staf Kampus USM (KESUKAS) menjelaskan setiap darah yang didermakan akan diproses menjadi tiga komponen utama iaitu plasma, sel darah merah dan platelet (sel darah beku).

“Orang awam yang mengamalkan pemakanan dan menjalani gaya hidup sihat amat dialu-alukan tampil sebagai adiwira darah kerana darah yang didermakan itu berpotensi untuk menyelamatkan tiga nyawa,” katanya dalam program Kempen Derma Darah anjuran Penjara Negeri Kelantan dan KASUKAS.

160 penderma terdiri daripada 100 kakitangan Jabatan Penjara dan 60 warga HUSM menunaikan tanggungjawab sosial itu di Dewan Tan Sri Murad Ahmad Penjara Pengkalan Chepa, semalam.

Pengarah Penjara Negeri Kelantan Mohd Marzuki Ibrahim pula memaklumkan program tersebut dianjurkan untuk mengumpulkan tabung darah di samping menjalankan pemeriksaan kesihatan dan pergigian kepada staf Jabatan Penjara.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg

Sumber

(Visited 30 times, 1 visits today)

Add Comment