“Ambo tak akan berbuat zalim,” Ustaz Ahmad Yakob.
Mengulas mengenai isu pembangunan Kampung Warisan di Kg. Laut, Tumpat iaitu program pembangunan di bawah ECER, YAB Dato’ Bentara Kanan, Ustaz Ahmad Yakob memberi jaminan bahawa fasa pertama akan dimulakan dengan projek tebatan banjir.
Manakala 12 orang penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah berjumlah 2.2 ekar diberikan pampasan semaksima mungkin berserta lot tanah kediaman di kawasan yang telahpun dikenalpasti.
Ustaz Ahmad turut menegaskan bahawa pembinaan awal tertumpu kepada madrasah dan rumah Dhu’afat, iaitu khusus kepada para penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah tetapi hanya menumpang atau menyewa.